OK..
aku rase semua org dmm bola semalam.. mak aku smgt gler tgk bola tganu lwn negeri 9.. 1 jam awl mak aku dh standby dpn tv.. bola pnye psl.. hhahaa
mak aku smgt sbb nk taw ary nie cuti ke x.. tyme tgk bola 2 mak aku pling smgt skali..
abg madi ilek je.. cool ye kate.. haha dekna plok ajk aku men dam ulor. ye kate bile gol bru kte tgk..hahaa
n di sbbkn tganu kalah dlm 10 mnit terakhir menyebabkan ade diantara penyokong sang penyu nie bengang dgn penjaga gol kebangsaan MOHD SHARBINIE ALLAWIE..
Tp bg aku penyokong2 sang penyu nie xley la menyalahkan sharbinie 100%.. walaupn terengganu gagal bawak balik piala malaysia yg hmpir 1 dekad peluang nie di tggu2..
ape2 pm aku tetap skg sharbiniee n ashaari shamsuddin.. gol yg ashaaro sumbat 2 x sia2.. hopefully, korang lebih berjaya n ambek ape yg brlaku nie sbg pengajaran.. hidup ganu.. peteh ganu peteh.. :)
Maafkan saya: Sharbinee
2011/10/30
KUALA TERENGGANU: Penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee, memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri Terengganu khususnya penyokong dan peminat bola sepak negeri itu.Maafkan saya: Sharbinee
Bekas penjaga gol kebangsaan ini mengakui kesilapan yang dilakukan kerana tidak menjaga rapi pintu gol, memberikan kemenangan kepada pihak lawan seterusnya menghampakan semua penyokong setia Sang Penyu."Saya memang kecewa kerana semasa perlawanan penting, terjadi insiden yang tidak diduga ini, perlawanan memang sengit, bola itu datang secara tiba-tiba dan saya gagal membuat keputusan yang tepat hingga memberikan gol mudah kepada pihak lawan," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini, hari ini.
Jelas pemain yang berusia 25 tahun itu, kerana kesilapan inilah mereka terlepas peluang untuk menjulang piala yang diidam-idamkan dan kekecewaan jelas tergambar di wajah bapa kepada seorang anak ini.
Bagaimanapun kesilapan dan kekecewaan ini mengajar beliau dan rakan sepasukan dan ia memberi pengalaman yang cukup berguna dan menjadi titik permulaan untuk terus maju pada perlawanan akan datang.
Anak jati Pulau Duyong ini berkata lumrah di dalam bola sepak jika menang mereka akan dijulang dan jika kalah mereka akan disalahkan, namun beliau menerima kritikan itu secara terbuka.
"Semalam bukan hari saya dan tiada rezeki untuk kami julang piala yang ditunggu-tunggu sedekad lalu, saya akui kesilapan saya dan sekali lagi saya minta maaf kepada semua penyokong setia penyu kerana gagal membawa pulang Piala Malaysia.
"Memang tidak terniat di hati saya untuk menghampakan anda semua," katanya.
Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan malam tadi, penyokong Terengganu tidak berpuas hati dengan tindakan Sharbinee kerana memberikan gol mudah kepada lawan.
Kebanyakannya berpendapat perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kesilapan itu menggagalkan misi skuad penyu untuk meraih kemenangan berganda pada tahun ini.
Kerana kesilapan itu menyaksikan Terengganu kecundang di tangan Skuad Rusa 2-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2011.
Sementara itu, ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, berkata dia tidak meletakkan kesalahan di bahu Sharbinee sepenuhnya kerana mereka bermain secara berpasukan dan kerana kelalaian mereka telah dihukum.
Katanya, gol penyamaan Negeri Sembilan itu melemahkan semangat anak didiknya yang hilang rentak permainan dan kerana gol itulah memusnahkan segalanya.
"Kita main berpasukan dan tidak menyalahkan Sharbinee dan saya mengaku kehilangan tonggak pertahanan Mazlizam Mohamad yang tercedera merencatkan sedikit corak permainan semalam," katanya.
Bagaimanapun, jurulatih yang berasal dari Kelantan ini tetap berpuas hati dengan corak persembahan yang dipamerkan namun rezeki tidak memihak kepada mereka semalam. - BERNAMA

P/S : SUMBER DARI : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Maafkansaya_Sharbinee/Article
No comments:
Post a Comment